SHAH ALAM: Jasad juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran hari ini.
Suasan suram dan sedih menyelubungi upacara persemadian mendiang Daniel Yee yang diadakan secara tertutup di Nirvana Memorial Park, di sini pada kira-kira 12 tengah hari, dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan yang berpakaian serba hitam dan putih bagi memberi penghormatan terakhir.
Di Johor Bahru, jasad mendiang Roshaan turut diberikan penghormatan terakhir secara tertutup sebelum dibawa dari rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang ke Krematorium Hindu Johor Bahru pada 12.40 tengah hari untuk upacara pembakaran
Hujan renyai mengiringi upacara di krematorium itu yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga
Roshaan dan Daniel Yee maut dalam insiden pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, pada 1.45 tengah hari, dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.
Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Suasan suram dan sedih menyelubungi upacara persemadian mendiang Daniel Yee yang diadakan secara tertutup di Nirvana Memorial Park. - Bernama
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Berat pesawat terhempas di Klang melebihi had maksimum berlepas - BSKU
Pesawat yang terhempas di Kapar, Klang pada 13 Februari lalu, didapati mempunyai berat melebihi had berat maksimum ketika berlepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lima maut pesawat terhempas di Virginia
Empat dewasa dan seorang kanak-kanak dilapor meninggal dunia dalam nahas pesawat itu.
Pasukan SAR Indonesia giat cari pesawat hilang di Kalimantan Utara
Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu sedang mempergiatkan usaha mencari sebuah pesawat Pilatus yang hilang di Kalimantan Utara ketika membawa barangan keperluan.
Jasad mangsa nahas pesawat terhempas di Klang selamat disemadikan
Jasad juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan.